Latihan Futsal PPJPM
Untuk makluman tuan/puan, PPJPM bercadang untuk menubuhkan pasukan futsal dan bola jaring di kalangan Perangkawan untuk beraksi dalam beberapa siri perlawanan persahabatan yang akan dirancang pada masa terdekat. Antaranya PPJPM merancang untuk mengadakan program sosial dan sukan bersama dengan dengan badan professional yang lain, pihak media, pasukan selebriti, staff MNCs, stakeholders (MOF, BNM, etc) dan seumpamanya. Program ini diharap dapat meluaskan lagi jalinan hubungan kerjasama dan meningkatkan interaksi perangkawan dengan pelbagai pihak dan masyarakat massa. Sehubungan itu tuan/puan dijemput untuk turun bersama beraksi dan memberi sokongan bagi pembentukan pasukan ini.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.