Friday 25 January 2013

Keratan Akhbar Lawatan PPJPM ke Sin Chew Daily


Jabatan Perangkaan: orang awam tidak mengetahui kepentingan statistik, statistik membantu dalam membuat dasar”

Pengarah Bahagian Perangkaan Pengeluaran Industri dan Binaan, Dr Mohd Uzir berkata, sewaktu pegawai Jabatan Perangkaan membuat kutipan data di lapangan, orang awam ada kalanya tidak faham akan  kepentingan membekal maklumat perangkaan  yang  tepat.
Beliau berkata, statistik mempunyai kepentingan yang tersendiri termasuk membenarkan orang awam mengetahui perkara yang berlaku di sekitarnya. Tanpa mengira bidang sosial atau perniagaan, penggubal dasar akan menentukan polisi berdasarkan respons orang awam dan menilai kebajikan masyarakat serta  membuat dasar berpandukan perangkaan yang dikumpul.
Beliau memberi contoh, melalui perangkaan, bilangan orang di negara ini hidup di bawah paras kemiskinan ,  bilangan orang terlibat dalam perkongsian kek ekonomi dan lain-lain akan dapat diketahui dengan jelas. Maklumat perangkaan juga dapat membantu pembuat dasar menggubal dasar yang sesuai.
Beliau berkata, maklumat yang disebar bukan merujuk kepada individu tetapi secara agregat dan semasa  kerajaan menggubal dasar, ia akan berdasarkan perangkaan yang dikumpul.
Hari ini, beliau membawa satu rombongan hampir 30 orang terdiri daripada pegawai perangkaan  dari setiap bahagian di Jabatan Perangkaan Malaysia ke ibu pejabat Sin Chew Daily di Petaling Jaya untuk mengadakan perbincangan bersama pihak pengurusan tinggi syarikat khabar ini. Beliau berkata memandangkan tahun ini merupakan Tahun Statistik Antarabangsa 2013, Jabatan Perangkaan Malaysia akan mengadakan pelbagai aktiviti untuk meningkat kesedaran orang awam terhadap kepentingan statistik.

Menghargai Sin Chew Daily membekalkan maklumat

Beliau berkata, kebelakangan ini, terdapat banyak syarikat perniagaan sanggup membekalkan maklumat melalui e-survey. Dalam pada itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Sin Chew Daily kerana bekerjasama dalam membekalkan maklumat secara e-Survey.Kedua-dua pihak telah mengadakan perbincangan secara 2 hala selama 2 jam dan memahami latar belakang dan fungsi masing-masing.
Beliau berkata, tujuan utama lawatan kerja ini adalah supaya Jabatan Perangkaan dapat menjalin hubungan rapat dengan media dan membina komunikasi secara 2 hala dengan orang awam melalui media.

  Sumber : Sin Chew Daily, 24 Januari 2013

Wednesday 23 January 2013

Lawatan kerja ke Sin Chew Daily


Persatuan Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (PPJPM) telah mengadakan lawatan kerja ke SIn Chew Daily pada 23 Januari 2013.
Objektif lawatan kerja ini:
1) Menjalin hubungan rapat antara media (Sin Chew Daily) dengan Jabatan Perangkaan (JP) dan PPJPM. 
2) Mengeratkan persefahaman dan hubungan 2 hala antara media (Sin Chew Daily) dan JP sebagai pengeluar statistik  negara
3) Sebagai lawatan belajar bagi meningkat pengetahuan ahli-ahli dan juga sebagai satu pendekatan strategical communication antara media (Sin Chew Daily) dan JP
4) Membincangkan kerjasama 2 hala antara media (Sin Chew Daily) dan PPJPM terutamanya statistical literacy di kalangan orang awam.
                                       





Kemasukan Perangkawan Baru 2013


PPJPM mengalu-alukan kemasukan seramai 45 orang perangkawan baru. Dengan adanya pertambahan anggota ini ianya dapat membentuk satu pasukan yang lebih mantap dalam usaha Jabatan memenuhi Visi dan Misi.

PPJPM berharap semua perangkawan baru dapat menyertai dan memberi sokongan penuh untuk setiap aktiviti yang dianjurkan. Di samping itu, idea-idea bernas dan membina juga diharapkan.

 New Year 2013 Message From The Chief Statistician Malaysia

http://www.statistics.gov.my/portal/images/stories/DepartmentInfo/KP/New_Year_Message_2013_by_Chief_Statistician_of_Malaysia.pdf

Tuesday 22 January 2013

Latihan Futsal PPJPM
 
Pertandingan Futsal PPJPM telah diadakan pada 16 Januari dan 21 Januari 2013 bertempat di Putrajaya. Pertandingan ini merupakan salah satu aktiviti riadah yang dianjurkan oleh PPJPM.  Aktiviti ini diadakan bertujuan mengeratkan hubungan sesama perangkawan. Di samping itu, dapat menjadi medan mencungkil bakat terpendam di kalangan perangkawan.

Untuk makluman tuan/puan, PPJPM bercadang untuk menubuhkan pasukan futsal dan bola jaring di kalangan Perangkawan untuk beraksi dalam beberapa siri perlawanan persahabatan yang akan dirancang pada masa terdekat. Antaranya PPJPM merancang untuk mengadakan program sosial dan sukan bersama dengan dengan badan professional yang lain, pihak media, pasukan selebriti, staff MNCs, stakeholders (MOF, BNM, etc) dan seumpamanya. Program ini diharap dapat meluaskan lagi jalinan hubungan kerjasama dan meningkatkan interaksi perangkawan dengan pelbagai pihak dan masyarakat massa. Sehubungan itu tuan/puan dijemput untuk turun bersama beraksi dan memberi sokongan bagi pembentukan pasukan ini.