Tuesday 7 July 2015

MAJLIS SILATURAHIM DAN PENGIMARAHAN RAMADHAN AL-KAREEM 2015/1436H JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca...

Untuk entry kali ini, PPJPM's CREW mahu berkongsi mengenai majlis seperti berbuka puasa yang diadakan di Jabatan Perangkaan Malaysia, Putrajaya pada 7 Julai 2015 (Selasa) yang lepas.

Program yang diberi nama "Majlis Silaturahim dan Pengimarahan Ramadhan Al-Kareem 2015/1436 Jabatan Perangkaan Malaysia" telah dianjurkan secara bersama oleh Persatuan Kebajikan Islam Statistik (PERKISA) Jabatan Perangkaan Malaysia, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awan (PUSPANITA) Cawangan Kecil Jabatan Perangkaan Malaysia dan Kelab Sukan Statistik (KSS) Jabatan Perangkaan Malaysia.

Majlis yang bermula pada 6.45 petang ini dihadiri oleh warga Jabatan dan turut diserikan dengan kehadiran YB. Senator Dato' Sri Abdul Wahid bin Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan YBhg. Datuk Dr. Hj. Abdul Rahman bin Hasan, Ketua Perangkawan Malaysia.