Friday 25 January 2013

Keratan Akhbar Lawatan PPJPM ke Sin Chew Daily


Jabatan Perangkaan: orang awam tidak mengetahui kepentingan statistik, statistik membantu dalam membuat dasar”

Pengarah Bahagian Perangkaan Pengeluaran Industri dan Binaan, Dr Mohd Uzir berkata, sewaktu pegawai Jabatan Perangkaan membuat kutipan data di lapangan, orang awam ada kalanya tidak faham akan  kepentingan membekal maklumat perangkaan  yang  tepat.
Beliau berkata, statistik mempunyai kepentingan yang tersendiri termasuk membenarkan orang awam mengetahui perkara yang berlaku di sekitarnya. Tanpa mengira bidang sosial atau perniagaan, penggubal dasar akan menentukan polisi berdasarkan respons orang awam dan menilai kebajikan masyarakat serta  membuat dasar berpandukan perangkaan yang dikumpul.
Beliau memberi contoh, melalui perangkaan, bilangan orang di negara ini hidup di bawah paras kemiskinan ,  bilangan orang terlibat dalam perkongsian kek ekonomi dan lain-lain akan dapat diketahui dengan jelas. Maklumat perangkaan juga dapat membantu pembuat dasar menggubal dasar yang sesuai.
Beliau berkata, maklumat yang disebar bukan merujuk kepada individu tetapi secara agregat dan semasa  kerajaan menggubal dasar, ia akan berdasarkan perangkaan yang dikumpul.
Hari ini, beliau membawa satu rombongan hampir 30 orang terdiri daripada pegawai perangkaan  dari setiap bahagian di Jabatan Perangkaan Malaysia ke ibu pejabat Sin Chew Daily di Petaling Jaya untuk mengadakan perbincangan bersama pihak pengurusan tinggi syarikat khabar ini. Beliau berkata memandangkan tahun ini merupakan Tahun Statistik Antarabangsa 2013, Jabatan Perangkaan Malaysia akan mengadakan pelbagai aktiviti untuk meningkat kesedaran orang awam terhadap kepentingan statistik.

Menghargai Sin Chew Daily membekalkan maklumat

Beliau berkata, kebelakangan ini, terdapat banyak syarikat perniagaan sanggup membekalkan maklumat melalui e-survey. Dalam pada itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Sin Chew Daily kerana bekerjasama dalam membekalkan maklumat secara e-Survey.Kedua-dua pihak telah mengadakan perbincangan secara 2 hala selama 2 jam dan memahami latar belakang dan fungsi masing-masing.
Beliau berkata, tujuan utama lawatan kerja ini adalah supaya Jabatan Perangkaan dapat menjalin hubungan rapat dengan media dan membina komunikasi secara 2 hala dengan orang awam melalui media.

  Sumber : Sin Chew Daily, 24 Januari 2013

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.