Wednesday 10 July 2013

Newsletter of International Year of Statistics (IYOS) Volume 1

Newsletter of International Year of Statistics (IYOS) Volume 1 telah dikeluarkan oleh Persatuan Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (PPJPM) sempena sambutan IYOS 2013. Untuk makluman, PPJPM turut merangka beberapa aktiviti di peringkat Jabatan dan luar Jabatan untuk sama-sama meraikan IYOS pada kali ini. Antara aktiviti yang dirancang adalah seperti berikut:


i.  Pertandingan mereka bentuk poster bertemakan sambutan IYOS bagi peringkat pelajar sekolah menengah


 ii.      Fun Run Statistics

· Larian ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran statistik dan mempromosi IYOS 
· Penyertaan adalah terbuka untuk orang ramai
· Diadakan dengan kerjasama ISM, UM, UiTM dan lain-lain agensi
· Dianggarkan dapat menarik 10,000 – 15,000 peserta


iii.        IYOS Bagde

Bagi menyokong sambutan IYOS ini, anggota Jabatan amatlah digalakkan untuk memiliki IYOS Badge dengan bayaran yang minimum. Edaran badge tersebut akan dibuat dalam masa terdekat.
Di samping itu juga, PPJPM akan terus memberikan maklumat terkini tentang aktiviti-aktiviti yang dirancang. Bagi yang berminat, tuan/ puan boleh mendapatkan newsletter IYOS di peringkat antarabangsa dengan melayari http://www.statistics2013.org/participant-newsletter-archive/



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.