Sunday 18 October 2015

StatsRun 2015 sempena World Statistics Day 2015

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera kepada semua...

Alhamdulillah pada tanggal 17 Oktober 2015, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dengan kerjasama Persatuan Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (PPJPM), Persatuan Penolong Pegawai Perangkaan Jabatan Perangkaan Malaysia (PPPPJPM), Kesatuan Pembantu Perangkaan Semenanjung Malaysia (Kepp-Stats) dam semua Badan Kebajikan dan yang bernaung di bawah DOSM telah menganjurkan Larian StatsRun 2015.

Program yang bertemakan "Better data. Better lives" ini diadakan bersempena sambutan World Statistics Day yang akan disambut pada 20 Oktober di seluruh negara. Seramai 4,500 penyertaan telah bersama-sama menjayakan program ini dan turut diserikan dengan kehadiran Y.B. Senator Dato' Sri Abdul Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan YBhg. Datuk Dr. Hj. Abdul Rahman Hasan, Ketua Perangkawan Malaysia, para jemputan khas dan alumni DOSM.

Dengan memilih Presint 3, Putrajaya sebagai lokasi program, orang ramai mula memenuhi kawasan larian seawal jam 5 pagi. Selain aktiviti larian menjadi aktiviti utama, terdapat pelbagai aktiviti menarik lain turut diadakan antaranya senamrobik #MyWSD2015, pameran Jabatan, cabutan bertuah, dan kedai-kedai jualan.

StatsRun 2015 yang tamat tepat jam 11.30 pagi meninggalkan pelbagai kenangan indah buat para pengungjung yang hadir. Dikongsikan bersama video kenangan sepanjang StatsRun 2015.





Untuk gambar-gambar yang lebih menarik, sila layari instagram mywsd2015 dengan #StatsRun2015 dan #MyWSD2015.

** Senarai pemenang akan dikongsikan pada post yang akan datang!!!

See Yaa!!!

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.