Saturday, 15 March 2014

DOA UNTUK MH 370

 
Marilah kita semua Warga Jabatan mendoakan keselamatan semua penumpang dan anak kapal pesawat MH 370.
 
ikhlas daripada
 
PPJPM

Friday, 14 March 2014

Kompetensi Jabatan - untuk ahli sahaja

Untuk Makluman:- Menu untuk kompetensi jabatan telah dikemas kini dilaman intranet jabatan dan boleh dicapai melalui url berikut: http://intranet.stats.gov.my/index.php?nav=mainpage

Friday, 7 March 2014

MAJLIS APRESIASI LARIAN STATISTIK 2013

Jawatankuasa Pengelola Larian Statistik 2013 akan menganjurkan Majlis Apresiasi Larian statistik 2013 bagi meraikan semua ahli jawatankuasa dan petugas yang terlibat seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 15 Mac 2014 ( Sabtu)
Masa :   2.00 - 6.00 Petang
Tempat : Kelab Tasik Putrajaya, Presint 8, Putrajaya
Sehubungan itu, semua ahli jawatankuasa dan petugas Larian statistik dijemput hadir. sebagai tanda apresiasi kepada majlis ini, tuan/puan diwajikan untuk memakai t-shirts Larian Statistik 2013 ( hijau, merah atau oren).
Untuk makluman tuan/puan juga, majlis ini akan diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Datuk Dr. Ketua Perangkawan serta turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah yang menarik seperti smartphone, hamper dan lain-lain lagi.

Saturday, 1 February 2014

TAHNIAH BUAT YBHG. DATUK DR. KETUA PERANGKAWAN

Pihak PPJPM merakamkan sekalung tahniah atas penganugerahan pingat Panglima Mahkota Wilayah oleh DYMM Seri Paduka Yang Dipertuan Agong kepada YBhg. Datuk Dr. pada hari ini. PPJPM amat gembira kerana ianya amat signifikan dan manifestasi kepada pengiktirafan Kerajaan kepada perkhidmatan perangkaan dan institusi Ketua Perangkawan. Tahniah dan syabas jua daripada PPJPM dan semua Warga Jabatan dan kami doakan YBhg. Datuk dan Datin keluarga sentiasa dikurniakan kesejahteraan dan kesihatan.